tips elak pasangan curang

# Selalu berpenampilan menarik. Setelah menjalani alam rumah tangga bertahun-tahun, penampilan diri sering diabaikan bahkan keinginan untuk menarik perhatian pasangan pun semakin pupus. Namun bila berada di luar seperti di tempat kerja, penampilan selalunya berbeza dan jika ada yang memuji, ia salah satu punca memungkinkan berlakunya kecurangan.

# Kehidupan seks yang sihat. Memenuhi keperluan seks pasangan amat penting dalam memastikan perkahwinan tetap utuh. Banyak kes perceraian atau perkahwinan runtuh akibat masalah seks suami isteri.

# Persamaan. Cari pasangan dengan lelaki atau pasangan yang dirasakan sama (sekufu), berpendidikan setara dan memiliki pendapatan hampir sama. Persamaan yang banyak antara suami isteri dapat mengecilkan risiko berlakunya kecurangan.

# Waspada. Jika anda mengesan pasangan berlaku curang, jangan ragu-ragu menyiasatnya. Kecurangan akan berlangsung lebih lama jika pasangan berasa senang dan jauh daripada jangkauan anda.

# Mencari kaunselor. Jangan ragu untuk mendapat khidmat kaunselor ataupun orang tengah sekiranya merasakan hubungan menghadapi masalah.

# Menghargai pasangan. Hargai pasangan kerana penghargaan akan dibalas dengan kesetiaan.

# Komunikasi berkesan. Salah faham yang berlaku antara pasangan mungkin berpunca daripada kurang berbual dan berbincang atau tidak sefahaman. Justeru, peranan komunikasi dengan pasangan amat penting misalnya berterus-terang jika tidak berpuas hati.

# Terima seadanya. Ada kalanya pasangan kurang menerima hakikat kekurangan pasangannya menyebabkan isu remeh-temeh diperbesarkan dan menjadi bahan pergaduhan yang mendorong ke arah keruntuhan rumah tangga.Jika pasangan kurang daripada sudut fizikal, mungkin dia ada kelebihan daripada aspek lain. Pertimbangkan dengan wajar.

# Menjadi suri rumah terbaik. Isteri harus melihat daripada sudut agama bahawa mulianya mendidik anak-anak dan rumah tangga menjadi syurga terindah. Memuliakan suami di tempat sewajarnya akan mendapat ganjaran berlipat ganda daripada Allah.

# Berlaku adil. Suami juga harus setia dan berperanan sama untuk menjadikan isteri dan anak-anak sebagai keutamaan.Ini kerana sebagai ketua keluarga, bimbingan, tunjuk ajar dan sama-sama membentuk keluarga cemerlang dan diredai menjadi tanggungjawab bersama.

Curang?Ohhh..Shit!!W.T.H!

Curang?Ohhh..Shit!!W.T.H!